Posts

Perjalanan mendapat ilmu urutan

Image
 Alhamdulillah beberapa hari lepas saya telah di interview oleh Yusaf dalam podcast beliau, iaitu Youcast. Sesi Poscast di Youcast. Berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia urutan Dalam podcast tersebut saya berkongsi perjalanan sebagai tukang urut. Bagaimana minat ilmu urutan tercetus di umur 14 tahun, kerana kaki terseliuh, telah membawa saya menjadi tukang urut.  Pada tahun 2015 saya mula berkongsi ilmu dengan masyarakat. Dan akhirnya kini saya giat berkongsi ilmu dalam live Tik Tok untuk membantu pesakit buat rawatan di rumah. Respon pesakit yang belajar ilmu pulih sakit pinggang Pelbagai ilmu saya kongsikan seperti ilmu pulih sakit lutut, sakit pinggang, kebas tangan, sakit tumit, sakit tapak kaki, sakit leher dan banyak lagi. Ilmu yang saya kongsi meliputi ilmu urutan, pemakanan dan senaman untuk melancarkan darah dan meredakan radang di bahagian tubuh. Kepada anda yang belum tahu. Sekarang saya aktif berkongsi ilmu dalam live Tik Tok untuk bantu pesakit buat rawatan d...

Tips Elak Nyanyuk Untuk Orang Berumur 40-60 Tahun

Image
Sebenarnya bersenam bukan hanya untuk lancarkan perjalanan darah, kuatkan sendi, kuatkan tulang dan otot. Bahkan bersenam dapat aktifkan sel otak dan menurunkan risiko nyanyuk. Ini adalah tanda-tanda fungsi otak mula terganggu, hati-hati jika anda ada tanda di bawah: • Lupa perkara baru berulang kali • Soalan sama ditanya berkali-kali • Mudah keliru dengan masa / tempat • Susah fokus & buat keputusan • Emosi jadi cepat marah / murung tanpa sebab jelas Dulu saya ingat nyanyuk datang sebab usia tua semata-mata. Tapi saya silap. Rupanya nyanyuk bukan datang hanya sebab tua, tapi ia datang kerana gaya hidup. Iaitu tentang apa yang kita makan, bagaimana aktiviti harian, bagaimana keadaan emosi kita setiap hari. Lebih culas kita jaga kesihatan lebih cepat ia datang. Dan salah satu tabiat paling besar yang orang ambil ringan ialah kurang melakukan pergerakan fizikal. Aik? Kurang bergerak boleh naikkan risiko nyanyuk? Ya. Kurang bergerak menyebabkan : Aliran darah ke ot...

Rahsia pulihkan sakit badan yang berulang-ulang

Image
Semasa saya buat live di tik tok, seorang follower beritahu, sebelum ni dia ada sakit pinggang, lepas ikuti ilmu yang saya bagi termasuk tips pemakanan sakit pinggang dia dah berkurang. Penting sangat ubah pemakanan untuk pemulihan sakit tubuh. Jika tidak, rawatan apa pun tak nampak hasil yang memberangsangkan. Akan sangkut pada satu tahap tertentu sahaja. Ramai orang tak anggap makanan punca sakit. Oleh itu mereka tak ubah pemakanan, tapi pada masa yang sama terus cari rawatan yang berkesan untuk masalah mereka. Makanan berasaskan gandum perlu dielakkan oleh pesakit angin dan kerap sakit badan Mereka cari pelbagai jenis urutan, supplement, doktor pakar, masalah tetap juga tak selesai, sebab puncanya masih ada, iaitu kekal dengan tabiat pemakanan yang tak sesuai dengan tubuh. Saya sendiri pernah alami : - Jantung berdebar laju lepas minum kopi. - Pernah kena sesak nafas yang teruk sebab kerap makan karipap. - Pernah kena perut kembung, urat selalu tegang dan badan kerap lenguh, sebab s...

Pengalaman Sakit Tumit & Cara Atasinya

Image
Teringat dulu bagaimana tumit saya jadi bengkak hanya sebab ‘salah urut’. Kejadian tu berlaku dalam kelas urut. Waktu praktikal kawan saya mengurut tumit saya, tapi dia tekan terlalu kuat sampai saya tarik-tarik kaki. Saya dah suruh dia berhenti tapi dia terus tekan sambil gelak-gelak. Mungkin dia anggap itu satu gurauan tapi saya terlalu sakit waktu itu. Inilah bahagian yang ditekan oleh kawan saya Saya sebenarnya rasa sangat marah. Tapi sebab dia kawan, maka saya bagi muka. Cuma apa yang buatkan saya terkilan ialah sakit tu tak pulih sepenuhnya, ia datang dan pergi. Hinggalah pada suatu waktu sakit tu menyebabkan tumit saya jadi bengkak.  Bengkak telah merebak hingga ke betis sampai saya terpaksa berjalan menggunakan tongkat. Suatu malam Allah berikan saya ilham untuk rawat dengan menggunakan ais. Saya cuba rawat sendiri dengan urutan dan digabungkan dengan ais. Alhamdulillah kaki saya makin improve dan bengkak pun makin kecut. Saya ada kongsikan ilmunya 7 tahun lepas. Tapi itu ...

Saya pernah ANXIETY. Ini cara saya rawat diri

Image
Dulu saya pernah kena anxiety sehingga ke tahap panic attack.  Panic attack tu ialah kerisauan melampau sampai menggigil, tak boleh buat apa-apa kerja. Saya ingatkan kena sakit jantung, tapi bila check di klinik semuanya normal. Rupanya baru saya faham, saya dah kena anxiety. Dulu saya buat bisnes urutan, pekerja takde la ramai sangat . Tapi saya sangat ambil berat tentang kualiti urutan. Bila ada customer complain selalu saya repair apa yang patut. Tapi kelemahan saya ialah tak pandai urus tekanan.. isu kecil pun saya anggap besar. Itulah antara sebab saya jual Pusat Terapi Saraf Al A min pada tahun 2021. Pusat Terapi ni saya mulakan sejak tahun 2015, dan ia masih lagi beroperasi hingga kini. Cuma telah diambil a lih oleh pekerja lama saya. Lokasi di Setia Alam, Shah Alam. Search je di Google, Pusat Terapi Saraf Al Amin. Bila saya ingat semula sebenarnya waktu tu tabiat pemakanan saya mema ng teruk. Saya kerap minum teh tarik, makan roti, sama ada roti canai atau roti krim. Lepas ...

Dulu kaki mudah bengkak, sekarang dah boleh berjogging. Bagaimana caranya?

Image
Dulu badan saya banyak sakit, lepas baiki pemakanan saya cuba nak aktifkan badan. Tak disangka bila amalkan berjalan kaki pula jadi bengkak.  Baru saya faham, bila dah lama tak aktif otot dan sendi jadi semakin lemah. Kena mula perlahan-lahan. Lepas tu saya ubah. Saya berjalan jarak pendek dahulu, bila dah biasa saya tambahkan jarak perjalanan. Kadang-kadang saya selangkan hari untuk rehatkan kaki. Bermula dari berjalan biasa, saya naikkan kelajuan secara bertahap. Alhamdulillah sekarang saya dah boleh berjogging, ambil masa yang lama namun berbaloi bagi saya. Tapi kalau anda rasa tak sesuai jogging, berjalan pun ok. Yang penting aktifkanlah badan. Ramai orang sekarang sakit sebab tak jaga makan. Nak makan sedap je setiap masa, makanan viral, tapi tak lihat kesan buruknya. Sanggup ke anda masuk ICU, naik kerusi roda, terlantar stroke sebab tak jaga makan? Semoga Allah lindung kita. Kita makan untuk ambil khasiat, bukan hanya sedap di tekak. Ramai orang tak tahu. Bila dah lama tak b...

Pengalaman Kena Masalah Angin & Cara Aku Atasinya

Image
Dulu aku tak percaya dengan masalah angin dalam badan. Bila aku dengar orang cakap 'Badan aku banyak angin'. Aku gelak dalam hati je sebab tak percaya. Sampailah Allah uji aku. Badan aku jenis mudah gemuk. Makan lebih sikit cepat je naik, mungkin sebab aku pun kurang aktif.  Suatu hari aku nak berdiet, tapi aku salah cara sampailah aku terkena sakit 'angin' yang agak teruk. Masa berdiet aku pilih untuk makan roti sebab senang nak kira. Aku dah peruntukkan berapa keping aku nak makan dalam sehari. Lepas tu aku akan minum kopi supaya tahan lapar.  Aku ulang-ulang diet yang sama berbulan-bulan. Menjadi, badan memang susut. Tapi suatu yang aku tak sangka berlaku. Tiba-tiba badan aku jadi mudah sakit. Setiap kali bangun pagi pinggang aku sakit, lepas tu susah nak sembuh. Biasanya sakit sekejap-sekejap je. Aku rasa pelik sebab tak pernah kena macam ni. Aku jadi buntu. Lepas tu aku cari ilmu sikit tentang sakit-sakit badan ni. Baru mata aku terbuka. Aku mula faham roti (gandum...