Perjalanan mendapat ilmu urutan
Alhamdulillah beberapa hari lepas saya telah di interview oleh Yusaf dalam podcast beliau, iaitu Youcast.
| Sesi Poscast di Youcast. Berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia urutan |
Dalam podcast tersebut saya berkongsi perjalanan sebagai tukang urut. Bagaimana minat ilmu urutan tercetus di umur 14 tahun, kerana kaki terseliuh, telah membawa saya menjadi tukang urut.
Pada tahun 2015 saya mula berkongsi ilmu dengan masyarakat. Dan akhirnya kini saya giat berkongsi ilmu dalam live Tik Tok untuk membantu pesakit buat rawatan di rumah.
![]() |
| Respon pesakit yang belajar ilmu pulih sakit pinggang |
Pelbagai ilmu saya kongsikan seperti ilmu pulih sakit lutut, sakit pinggang, kebas tangan, sakit tumit, sakit tapak kaki, sakit leher dan banyak lagi.
Ilmu yang saya kongsi meliputi ilmu urutan, pemakanan dan senaman untuk melancarkan darah dan meredakan radang di bahagian tubuh.
Kepada anda yang belum tahu. Sekarang saya aktif berkongsi ilmu dalam live Tik Tok untuk bantu pesakit buat rawatan di rumah. Kadangkala jam 3 petang, ada juga jam 9.45 malam, bergantung kepada kelapangan masa. Jemput singgah dan follow rapat Tik Tok Amin Arji.
| Sesi live Tik Tok Amin Arji sedang berjalan |
Dulu masa kecil saya adalah seorang budak lembab yang selalu dipandang lekeh, selalu dibanding-bandingkan dengan adik beradik lain yang lebih berjaya dan lebih bijak.
Pernah saya menangis sebab kata-kata tajam sanak saudara yang terus berlangsung sehingga saya remaja, entah bila mereka akan senyap.
Dalam keadaan menangis itu saya berdoa, "Ya Allah.. naikkanlah aku, tinggikanlah aku, muliakanlah aku.. Kerana sesungguhnya kemuliaan itu hanyalah milikMu. Janganlah kau menghinakan aku.."
![]() |
| Saya ketika umur 20an |
Jauh di sudut hati saya percaya Allah pasti akan beri apa yang saya minta, sebab doa orang teraniaya tiada hijab. Cuma bagaimana Allah akan beri, itu saya tak tahu.
Dan kini Allah telah tunjukkan kepada saya satu persatu, Allah bukakan terlalu banyak kelebihan yang saya tak pernah sangka.
Saya bersyukur, sebesar atau sebanyak mana pun ujian yang Allah bagi, saya tak pernah bersangka buruk kepada Allah.
Saya percaya setiap ujian itu pasti baik, sebab ia datang dari Allah yang Maha Pengasih. Cuma kita tak boleh faham hikmahnya diwaktu ujian itu datang.
![]() |
| Respon pesakit lutut 80% pulih, dengan izin Allah |
Terima kasih ya Allah atas segala ujian dan dugaan yang Kau berikan. Jadikan aku hamba yang sentiasa redha, berlapang dada dan bersyukur atas segala kurniaanMu.
NOTA:
Kepada yang tertanya-tanya, bilakah podcast akan bersiaran? Kemungkinan podcast akan keluar pada pertengahan Ramadhan. Dah ada nanti saya beritahu, InsyaAllah.
Thanks sebab sudi menjadi pembaca email saya 😊
![]() |
| Jemput Follow rapat akaun Amin Arji. Nantikan live dari saya, sementara masih ada. |




Comments
Post a Comment