Posts

Showing posts from February, 2026

Perjalanan mendapat ilmu urutan

Image
 Alhamdulillah beberapa hari lepas saya telah di interview oleh Yusaf dalam podcast beliau, iaitu Youcast. Sesi Poscast di Youcast. Berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia urutan Dalam podcast tersebut saya berkongsi perjalanan sebagai tukang urut. Bagaimana minat ilmu urutan tercetus di umur 14 tahun, kerana kaki terseliuh, telah membawa saya menjadi tukang urut.  Pada tahun 2015 saya mula berkongsi ilmu dengan masyarakat. Dan akhirnya kini saya giat berkongsi ilmu dalam live Tik Tok untuk membantu pesakit buat rawatan di rumah. Respon pesakit yang belajar ilmu pulih sakit pinggang Pelbagai ilmu saya kongsikan seperti ilmu pulih sakit lutut, sakit pinggang, kebas tangan, sakit tumit, sakit tapak kaki, sakit leher dan banyak lagi. Ilmu yang saya kongsi meliputi ilmu urutan, pemakanan dan senaman untuk melancarkan darah dan meredakan radang di bahagian tubuh. Kepada anda yang belum tahu. Sekarang saya aktif berkongsi ilmu dalam live Tik Tok untuk bantu pesakit buat rawatan d...