Posts

Showing posts from October, 2025

Pengalaman Kena Masalah Angin & Cara Aku Atasinya

Image
Dulu aku tak percaya dengan masalah angin dalam badan. Bila aku dengar orang cakap 'Badan aku banyak angin'. Aku gelak dalam hati je sebab tak percaya. Sampailah Allah uji aku. Badan aku jenis mudah gemuk. Makan lebih sikit cepat je naik, mungkin sebab aku pun kurang aktif.  Suatu hari aku nak berdiet, tapi aku salah cara sampailah aku terkena sakit 'angin' yang agak teruk. Masa berdiet aku pilih untuk makan roti sebab senang nak kira. Aku dah peruntukkan berapa keping aku nak makan dalam sehari. Lepas tu aku akan minum kopi supaya tahan lapar.  Aku ulang-ulang diet yang sama berbulan-bulan. Menjadi, badan memang susut. Tapi suatu yang aku tak sangka berlaku. Tiba-tiba badan aku jadi mudah sakit. Setiap kali bangun pagi pinggang aku sakit, lepas tu susah nak sembuh. Biasanya sakit sekejap-sekejap je. Aku rasa pelik sebab tak pernah kena macam ni. Aku jadi buntu. Lepas tu aku cari ilmu sikit tentang sakit-sakit badan ni. Baru mata aku terbuka. Aku mula faham roti (gandum...

Pemakanan Untuk Masalah ‘Angin’ dan Keradangan

Image
Adakah anda kerap sakit badan dan sendi? Dah buat bermacam-macam cara tapi sakit tetap tak berkurang atau tiada perubahan? Kemungkinan anda sudah mengalami masalah keradangan yang teruk dalam badan. Sebahagian besar punca radang ialah sistem pencernaan yang bermasalah (Perut dan usus). Kerana di situ te rletaknya pusat sistem imun tubuh manusia. Pulihkan kembali perut dan usus, badan akan mudah kembali sihat dan segar buga r, dengan izin Allah. APAKAH TANDA KERADANGAN DALAM BADAN? Antara ciri-ciri pesakit yang mempunyai keradangan yang teruk dalam badan ialah: Kerap sendawa. Kerap alami sesak nafas, kembung perut, sakit belakang tanpa sebab yang jelas. Kerap lenguh pinggang, Selalu sakit bahagian sendi dan tegang otot. Bengkak di mana-mana bahagian tubuh secara tiba-tiba. Kerap sakit-sakit badan tanpa sebab yang jelas. Ramai orang hampir berputus asa untuk rawat pelbagai masalah sakit otot, sendi dan sakit urat saraf sebab masalah kerap berulang walaupun dah buat macam-macam rawatan da...

Cara elakkan bengkak kaki semasa berjalan

Image
Hari tu kawan saya mengadu sakit kaki, tempang bila berjalan. Rupa-rupanya kaki dia dah bengkak sebab berjalan selama 30 minit untuk tujuan bersenam. Allahuakbar.. Sebenarnya berjalan tu sangat bagus, tapi dia salah cara sebab berjalan drastik terus 30 minit sedangkan dia dah lama tak berjalan sejauh itu. Untuk baiki kesihatan kita perlu buat minima 2 perkara, iaitu: 1- Baiki pemakanan 2- Aktifkan badan Berjalan kaki ni termasuk dalam kategori kedua, iaitu aktifkan badan. Kalau badan kita lama tak digunakan, banyak duduk, banyak baring ia akan jadi semakin lemah. Orang yang kurang bergerak, hanya duduk dan rehat sepanjang hari lama-kelam aan gel lutut akan mudah kering, kaki akan mudah kebas dan kejang. Lama-kelamaan nak berjalan pun rasa berat. Sekarang saya nak bagi beberapa tips, cara untuk amalkan berjalan kaki dengan selamat. Supaya kaki tak bengkak dan kesihatan makin improve: 1- Letak target untuk berjalan minima 30 minit sehari. Tapi tak boleh drastik, kalau tak biasa kaki bole...