Posts

Showing posts from December, 2025

Rahsia pulihkan sakit badan yang berulang-ulang

Image
Semasa saya buat live di tik tok, seorang follower beritahu, sebelum ni dia ada sakit pinggang, lepas ikuti ilmu yang saya bagi termasuk tips pemakanan sakit pinggang dia dah berkurang. Penting sangat ubah pemakanan untuk pemulihan sakit tubuh. Jika tidak, rawatan apa pun tak nampak hasil yang memberangsangkan. Akan sangkut pada satu tahap tertentu sahaja. Ramai orang tak anggap makanan punca sakit. Oleh itu mereka tak ubah pemakanan, tapi pada masa yang sama terus cari rawatan yang berkesan untuk masalah mereka. Makanan berasaskan gandum perlu dielakkan oleh pesakit angin dan kerap sakit badan Mereka cari pelbagai jenis urutan, supplement, doktor pakar, masalah tetap juga tak selesai, sebab puncanya masih ada, iaitu kekal dengan tabiat pemakanan yang tak sesuai dengan tubuh. Saya sendiri pernah alami : - Jantung berdebar laju lepas minum kopi. - Pernah kena sesak nafas yang teruk sebab kerap makan karipap. - Pernah kena perut kembung, urat selalu tegang dan badan kerap lenguh, sebab s...