Rahsia pulihkan sakit badan yang berulang-ulang
Semasa saya buat live di tik tok, seorang follower beritahu, sebelum ni dia ada sakit pinggang, lepas ikuti ilmu yang saya bagi termasuk tips pemakanan sakit pinggang dia dah berkurang.
Penting sangat ubah pemakanan untuk pemulihan sakit tubuh. Jika tidak, rawatan apa pun tak nampak hasil yang memberangsangkan. Akan sangkut pada satu tahap tertentu sahaja.
Ramai orang tak anggap makanan punca sakit. Oleh itu mereka tak ubah pemakanan, tapi pada masa yang sama terus cari rawatan yang berkesan untuk masalah mereka.
![]() |
| Makanan berasaskan gandum perlu dielakkan oleh pesakit angin dan kerap sakit badan |
Mereka cari pelbagai jenis urutan, supplement, doktor pakar, masalah tetap juga tak selesai, sebab puncanya masih ada, iaitu kekal dengan tabiat pemakanan yang tak sesuai dengan tubuh.
Saya sendiri pernah alami :
- Jantung berdebar laju lepas minum kopi.
- Pernah kena sesak nafas yang teruk sebab kerap makan karipap.
- Pernah kena perut kembung, urat selalu tegang dan badan kerap lenguh, sebab suka minum teh ais.
- Pernah kena sakit pinggang atau belakang, lepas urut rasa lega. Kemudian minum air coklat, sekelip mata sahaja sakit datang balik seolah-olah tak pernah berurut.
![]() |
| Salah satu komen di dalam live tik tok, perubahan selepas ubah pemakanan. |
Selain itu abang ipar saya pernah dikejarkan ke wad kecemasan sebab sesak nafas yang teruk sebab hampir setiap hari makan roti canai dan mee segera.
Saya juga ada kawan yang alami sakit lutut bila mkn pedas yang agak kuat. Mula-mula dia mcm tak percaya bila saya cakap itu mungkin kesan daripada makan pedas yang kuat.
Tapi bila dah 3 kali dia kena sakit lutut yang agak teruk setiap kali makan pedas, barulah dia terima kenyataan.
![]() |
| Susu kurang sesuai kepada pesakit yang mempunyai masalah pencernaan/ susah hadam makanan (badan banyak angin) |
Walaupun badan saya mudah sakit tapi saya sangat bersyukur. Dengan sakit inilah Allah bagi saya banyak ilmu rawatan sakit tubuh. Dengan ilmu ini pula saya banyak berkongsi dengan orang lain.
Kalau anda perlukan ilmu pemakanan yang sesuai untuk masalah angin, radang, badan yang kerap lenguh dan sakit boleh rujuk -> sini <-
![]() |
| Salah satu feedback pesakit yang ikut tips senaman yang saya kongsi |
Jika anda mempunyai masalah sakit pinggang, slipped disc/ saraf tersepit di pinggang, sakit punggung, sciatica, lemah kaki, sakit lutut, kejang kaki, sakit tumit boleh amalkan senaman ini setiap hari -> sini <_





Comments
Post a Comment