Posts

Showing posts from January, 2026

Tips Elak Nyanyuk Untuk Orang Berumur 40-60 Tahun

Image
Sebenarnya bersenam bukan hanya untuk lancarkan perjalanan darah, kuatkan sendi, kuatkan tulang dan otot. Bahkan bersenam dapat aktifkan sel otak dan menurunkan risiko nyanyuk. Ini adalah tanda-tanda fungsi otak mula terganggu, hati-hati jika anda ada tanda di bawah: • Lupa perkara baru berulang kali • Soalan sama ditanya berkali-kali • Mudah keliru dengan masa / tempat • Susah fokus & buat keputusan • Emosi jadi cepat marah / murung tanpa sebab jelas Dulu saya ingat nyanyuk datang sebab usia tua semata-mata. Tapi saya silap. Rupanya nyanyuk bukan datang hanya sebab tua, tapi ia datang kerana gaya hidup. Iaitu tentang apa yang kita makan, bagaimana aktiviti harian, bagaimana keadaan emosi kita setiap hari. Lebih culas kita jaga kesihatan lebih cepat ia datang. Dan salah satu tabiat paling besar yang orang ambil ringan ialah kurang melakukan pergerakan fizikal. Aik? Kurang bergerak boleh naikkan risiko nyanyuk? Ya. Kurang bergerak menyebabkan : Aliran darah ke ot...