Tips Elak Nyanyuk Untuk Orang Berumur 40-60 Tahun

Sebenarnya bersenam bukan hanya untuk lancarkan perjalanan darah, kuatkan sendi, kuatkan tulang dan otot. Bahkan bersenam dapat aktifkan sel otak dan menurunkan risiko nyanyuk.


Ini adalah tanda-tanda fungsi otak mula terganggu, hati-hati jika anda ada tanda di bawah:


Lupa perkara baru berulang kali

Soalan sama ditanya berkali-kali

Mudah keliru dengan masa / tempat

Susah fokus & buat keputusan

Emosi jadi cepat marah / murung tanpa sebab jelas


Dulu saya ingat nyanyuk datang sebab usia tua semata-mata. Tapi saya silap. Rupanya nyanyuk bukan datang hanya sebab tua, tapi ia datang kerana gaya hidup. Iaitu tentang apa yang kita makan, bagaimana aktiviti harian, bagaimana keadaan emosi kita setiap hari. Lebih culas kita jaga kesihatan lebih cepat ia datang.


Dan salah satu tabiat paling besar yang orang ambil ringan ialah

kurang melakukan pergerakan fizikal.


Aik? Kurang bergerak boleh naikkan risiko nyanyuk?



Ya. Kurang bergerak menyebabkan :


  • Aliran darah ke otak menjadi lemah.
  • Otak kurang rangsangan sehingga boleh turunkan daya ingatan (Pergerakan fizikal dapat merangsang otak).
  • Hormon dan bahan kimia yang bagus untuk otak tak dapat dihasilkan secara optimum (Antaranya ialah dopamin & serotonin).


Akhirnya ia boleh menyebabkan :


Mudah lupa

Susah fokus

Emosi tak stabil


Ini bukan beri kesan kepada orang tua sahaja, orang muda pun akan alami masalah yang sama.



Orang yang rajin bergerak, aktifkan badan akan mendapat banyak kebaikan, antaranya ialah:


1. Hidupkan aliran darah ke otak

Otak dapat bekalan oksigen & nutrien yang cukup.


2. Aktifkan sel otak baru

Otak boleh “berkembang” bila badan bergerak.


3. Kurangkan keradangan

Radang kronik boleh menyebabkan sel otak jadi lemah & mudah rosak.


4. Kawal penyakit senyap

Diabetes. Darah tinggi. Kolesterol.

Semua penyakit ni boleh beri kerosakan pada otak untuk jangka panjang.


5. Stabilkan emosi & tidur

Bersenam dapat bantu stabilkan hormon serotonin dan dopamin yang mendatangkan rasa tenang dan mood yang stabil. Ia juga dapat menurunkan kortisol (Hormon stress) yang buatkan emosi selalu rasa tertekan, mudah marah dan overthinking




Bersenam bukan mesti kena ekstrem. Mulakan dengan apa yang mudah. Seperti:



Masalah kita bukan tak tahu,

tapi masalah kita ialah nak buat atau tak nak.



Buat sedikit, tapi konsisten.


Kalau kita nak ubah semua sekali gus memang rasa susah, sebab tu ramai orang tak boleh konsisten. Jadi kuncinya ialah mulakan dengan pergerakan yang sedikit dulu. Bila mula dengan sedikit, lebih mudah untuk bertahan lama.


Hari ni jalan 10 minit dulu, lepas seminggu jika kaki stabil naikkan ke 15 minit. Minggu depan tambah sikit lagi. Kalau kaki rasa sakit rehat dulu.


Mulakan dengan berjalan perlahan, lepas seminggu tambahkan sedikit kelajuan.


Kita bukan nak kejar siapa cepat, tapi kita nak konsisten bertahun-tahun hingga ke hujung usia.


Tak penting siapa cepat, tapi yang lebih penting ialah siapa yang konsisten. Buat bukan untuk menunjuk, tapi just untuk baiki diri sendiri dan untuk dapatkan hidup yang lebih baik.



Nak sihat memang susah, banyak bertentangan dengan ramai orang. Sebab tu dia usia senja ramai orang yang sakit berbanding sihat.


Orang negatif cakap


"Eleh, kau bersenam pun mati juga nanti."

"Kau bersenam pun belum tentu sihat, ada je orang mati tengah bersenam"


Pertama:

Kita semua akan mati, cuma kita nak pilih hidup yang berkualiti dan tak bebankan orang lain bila kita sakit.


Kedua:

Mati, sakit, ajal semua Allah yang tentukan. Yang penting setiap usaha kita untuk buat kebaikan semua dikira ibadah asalkan kita meletakkan niat yang baik.


Bukan solat sahaja ibadat. Bersenam pun jadi ibadah bila kita niat untuk sihat, tak menyusahkan orang, untuk beribadat dengan lebih baik, dan supaya kita boleh terus buat banyak kebaikan dengan kesihatan yang ada.



-> Pemakanan elakkan radang dan angin dalam badan <-


Nota:


Ada satu mitos. Iaitu bila kita bersenam kita boleh makan apa saja. Salah sama sekali. Pemakanan tetap kena jaga, jika tidak sel-sel yang rosak susah untuk diperbaiki.


Amin Arji

Pengasas Minyak Arji






Comments

  1. terima kasih ilmu

    ReplyDelete
  2. Terima kasih en

    ReplyDelete
  3. Terimakasih ilmunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2, semoga bermanfaat πŸ˜πŸ‘

      Delete
  4. terimekasih tuan atas perkongsian ilmu..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih AA. Terus memberi
    panduan. Pentingnya kehidupan yang sihat. Bersyukur dapat kata2 yang membantu, mendorong diri usahakan untuk sihat. Kesihatan itu ada dalam diri, cumanya mau atau tidak diusahakan.

    ReplyDelete
  6. Trm ksh En. Armin...mk cik akn cb buat idea yg di sarankan itu.

    ReplyDelete
  7. terimakasih Cikgu Amin

    ReplyDelete
  8. Alhamduli-Llah. Terima kasih, AA. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pemakanan Untuk Masalah ‘Angin’ dan Keradangan

Pengalaman Kena Masalah Angin & Cara Aku Atasinya