Saya pernah ANXIETY. Ini cara saya rawat diri

Dulu saya pernah kena anxiety sehingga ke tahap panic attack. 

Panic attack tu ialah kerisauan melampau sampai menggigil, tak boleh buat apa-apa kerja. Saya ingatkan kena sakit jantung, tapi bila check di klinik semuanya normal.

Rupanya baru saya faham, saya dah kena anxiety.



Dulu saya buat bisnes urutan, pekerja takde la ramai sangat. Tapi saya sangat ambil berat tentang kualiti urutan. Bila ada customer complain selalu saya repair apa yang patut. Tapi kelemahan saya ialah tak pandai urus tekanan.. isu kecil pun saya anggap besar.


Itulah antara sebab saya jual Pusat Terapi Saraf Al Amin pada tahun 2021.

Pusat Terapi ni saya mulakan sejak tahun 2015, dan ia masih lagi beroperasi hingga kini. Cuma telah diambil alih oleh pekerja lama saya. Lokasi di Setia Alam, Shah Alam. Search je di Google, Pusat Terapi Saraf Al Amin.

Bila saya ingat semula sebenarnya waktu tu tabiat pemakanan saya memang teruk. Saya kerap minum teh tarik, makan roti, sama ada roti canai atau roti krim. Lepas tu saya pun kurang bersenam keluarkan peluh.


Bila dah dapat ilmu saya mula buat perubahan :

  1. Saya baiki pemakanan.
  2. Saya belajar kawal emosi dan tekanan.
  3. Saya mula aktifkan badan.

Tapi saya tak ubah drastik. Saya ubah sedikit demi sedikit. Sebab saya tahu bila ubah drastik saya takkan mampu untuk konsisten lama.

Alhamdulillah sekarang badan saya dah banyak perubahan, emosi makin stabil, masalah angin terkawal pantang pun dah tak banyak sangat macam sebelum ni.

Kepada anda yang ada banyak masalah tubuh. Mulalah buat perubahan. Bukan kena ubah semua serentak, tapi ubahlah sedikit demi sedikit.


Nak sihat susah banyak benda nak kena jaga. Nak sakit senang, tapi orang sekeliling pula akan susah sebab kena jaga kita.

Pilihlah susah yang boleh memberi nilai yang tinggi kepada diri sendiri dan orang sekeliling.


NOTA:

Kalau badan anda ada banyak angin, kerap sakit, ada radang sendi boleh rujuk ilmu pemakanan —> di sini <—


AMIN ARJI,

PENGASAS MINYAK URUT ARJI

Comments

  1. Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian Tuan Hj. Moga Tuan Hj terus sihat. Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. Alhamdulillah, semoga bermanfaat πŸ˜ŠπŸ‘

      Delete
  2. Terima kasih atas info

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt semoga tuan slsihat sejahtera murah rezeki dan keberkatan Fiddunya Hasanah wafillakhiroti Hasanna wakina azabannar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa’alaikumussalam wbt. Amiin. Terima kasih byk atas doanya 😊

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pemakanan Untuk Masalah ‘Angin’ dan Keradangan

Pengalaman Kena Masalah Angin & Cara Aku Atasinya

Tips Elak Nyanyuk Untuk Orang Berumur 40-60 Tahun