Pengalaman Kena Masalah Angin & Cara Aku Atasinya

Dulu aku tak percaya dengan masalah angin dalam badan. Bila aku dengar orang cakap 'Badan aku banyak angin'. Aku gelak dalam hati je sebab tak percaya.


Sampailah Allah uji aku.


Badan aku jenis mudah gemuk. Makan lebih sikit cepat je naik, mungkin sebab aku pun kurang aktif. 


Suatu hari aku nak berdiet, tapi aku salah cara sampailah aku terkena sakit 'angin' yang agak teruk.


Masa berdiet aku pilih untuk makan roti sebab senang nak kira. Aku dah peruntukkan berapa keping aku nak makan dalam sehari. Lepas tu aku akan minum kopi supaya tahan lapar. 

Aku ulang-ulang diet yang sama berbulan-bulan. Menjadi, badan memang susut. Tapi suatu yang aku tak sangka berlaku.


Tiba-tiba badan aku jadi mudah sakit. Setiap kali bangun pagi pinggang aku sakit, lepas tu susah nak sembuh. Biasanya sakit sekejap-sekejap je.


Aku rasa pelik sebab tak pernah kena macam ni. Aku jadi buntu.


Lepas tu aku cari ilmu sikit tentang sakit-sakit badan ni. Baru mata aku terbuka. Aku mula faham roti (gandum) zaman sekarang mengandungi gluten yang tinggi, tak macam dulu. Bila kerap makan boleh menyebabkan usus dan perut mudah alami radang, kemudian pengumpulan gas akan berlaku.


Gas itulah yang orang kita panggil 'angin'. Bila 'angin' banyak badan boleh jadi sakit. Lenguh-lenguh pinggang, perut kembung, sesak nafas, lesu-lesu badan, sakit belikat, pening kepala, tegang leher dan pelbagai sakit sendi. 




Lepas tu kalau dah ada masalah angin kena elakkan dulu minuman berkafein seperti kopi, teh, teh tarik, air coklat, nescafe dan lain-lain. Sebab kafein boleh buatkan asid perut dirembes lebih banyak, sehingga boleh mencetuskan lebih banyak gas atau 'angin' di perut dan usus.

Bukan itu saja. Sebenarnya ada banyak lagi pemakanan yang sensitif bila dah kena masalah angin ni.


Alhamdulillah lepas aku ubah, badan aku dah tak sakit-sakit lagi macam dulu. Badan jadi lebih selesa, kurang stress dan mood pun jadi lebih baik. 


Kalau nak baca lebih detail tentang pemakanan dan tabiat untuk bantu pemulihan masalah angin boleh -->  klik di sini saya ada tuliskan  <--



@Amin Arji

Pengasas Minyak Arji

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pemakanan Untuk Masalah ‘Angin’ dan Keradangan

Tips Elak Nyanyuk Untuk Orang Berumur 40-60 Tahun