Pemakanan Untuk Masalah ‘Angin’ dan Keradangan

Adakah anda kerap sakit badan dan sendi? Dah buat bermacam-macam cara tapi sakit tetap tak berkurang atau tiada perubahan?

Kemungkinan anda sudah mengalami masalah keradangan yang teruk dalam badan.



Sebahagian besar punca radang ialah sistem pencernaan yang bermasalah (Perut dan usus). Kerana di situ terletaknya pusat sistem imun tubuh manusia.

Pulihkan kembali perut dan usus, badan akan mudah kembali sihat dan segar bugar, dengan izin Allah.


APAKAH TANDA KERADANGAN DALAM BADAN?

Antara ciri-ciri pesakit yang mempunyai keradangan yang teruk dalam badan ialah:

  1. Kerap sendawa.
  2. Kerap alami sesak nafas, kembung perut, sakit belakang tanpa sebab yang jelas.
  3. Kerap lenguh pinggang,
  4. Selalu sakit bahagian sendi dan tegang otot.
  5. Bengkak di mana-mana bahagian tubuh secara tiba-tiba.
  6. Kerap sakit-sakit badan tanpa sebab yang jelas.

Ramai orang hampir berputus asa untuk rawat pelbagai masalah sakit otot, sendi dan sakit urat saraf sebab masalah kerap berulang walaupun dah buat macam-macam rawatan dan sudah berhabis ribuan ringgit.

Untuk perbaiki semula kesihatan sistem pencernaan, paling kurang anda perlu lakukan 2 perkara. Iaitu:

1) Aktifkan badan.

2) Perbaiki tabiat pemakanan harian.

3) Terapkan amalan berpuasa (Berbuka dan sahur dengan makanan yang sesuai).

--

InsyaAllah dalam penulisan yang lain saya akan cerita tentang kepentingan aktifkan badan. Sekarang saya nak fokuskan tentang bagaimana untuk 'Perbaiki tabiat pemakanan harian'.

Pemakanan yang saya maksudkan ialah pemakanan yang boleh sebabkan radang, atau yang membuatkan radang sukar untuk pulih.

--

Radang usus dan perut boleh menyebabkan pencernaan makanan terganggu yang boleh akibatkan pengumpulan gas yang berlebihan.

Gas berlebihan yang terkumpul boleh menyebabkan pelbagai sakit badan seperti yang saya sentuh di atas (TANDA KERADANGAN DALAM BADAN).


Di bawah ini adalah tips pemakanan untuk pesakit yang mempunyai masalah ‘angin’ yang teruk dalam badan atau keradangan.

TIPS PEMAKANAN ANGIN DAN RADANG DALAM BADAN

Untuk pemakanan bagi orang yg ada masalah angin, kerap sakit badan atau mempunyai banyak sakit urat saraf sebaiknya cuba elakkan:

  • Makanan berasaskan tepung gandum seperti roti, biskut, roti canai, mee, pizza, kek dan seumpamanya (Ni antara yang paling penting perlu elak).
  • Makanan proses seperti burger, sosej, nudget, bebola dan seumpamanya.
  • Minuman berkafein (kopi, teh, teh tarik, air coklat).
  • Buah yang boleh menyebabkan ‘angin’: Durian, cempedak, nangka, nenas, pisang, durian,mangga.
  • Elakkan sayur angin (kangkung, terung, kacang panjang, bendi, timun, kobis).
  • Elakkan makanan banyak minyak seperti nasi goreng atau gorengan.
  • Elakkan makanan tinggi lemak termasuk keju.
  • Elakkan makan pedas atau cili.
  • Elakkan makanan peram seperti tapai, yogurt, budu, cencalok, ikan masin, ikan bilis dan lain-lain makanan peram.

❌ MAKANAN PROSES:

  • Elakkan juga minuman dalam tin, air kotak.
  • Elakkan nudget, sosej, burger.


✅ MAKANAN YANG LEBIH SESUAI UNTUK PESAKIT ANGIN & RADANG:

  • Jika suka makan roti tukar kepada Nasi, cuma banyakkan sayur dan lauk untuk elak gula darah menjadi tinggi.
  • Jika suka makan roti canai tukar kepada tosei, ia dari tepung beras lebih selamat untuk masalah angin (nasi lebih baik dari tosei).
  • Boleh juga makan bihun, kueh tiaw, laksa kerana ia daripada tepung beras. Tetapi perhatikan bahan yang dimasukkan di dalamnya seperti taugeh dan lain-lain (nasi lebih baik dari bihun dan kueh tiaw).
  • Buah pear, buah epal merah (tidak masam).
  • Sayur salad, sawi, pak choi, lobak merah.
  • Air Teh Chemomile, Teh Roiboss (Cari di shopee), air cincau



LAUK-PAUK

❌ KATEGORI ‘PENCETUS ANGIN’

Elakkan atau kurangkan makanan berikut jika anda mudah mengalami masalah angin atau perut kembung:

(Makanan di bawah sebenarnya bagus. Cuma jika anda sudah ada masalah radang, angin dan kerap sakit badan/ masalah pencernaan, maka ia mungkin berikan kesan kurang baik kepada tubuh)


• Ikan selar, ikan pari

• Bawal emas, bawal hitam

• Ikan cencaru, ikan masin

• Ikan kembung, tuna, ikan bilis

• Ikan sardin, tongkol

• Daging lembu & kambing

Makanan laut seperti udang, kerang, ketam, sotong

• Belacan dan makanan laut berproses

✅ KATEGORI LEBIH MESRA ANGIN & RADANG:

Pilihan lauk yang lebih ringan dan mudah diterima usus:

• Ayam

• Telur

• Ikan kerisi, ikan sebelah

• Ikan kerapu, jenahak

• Selar kuning, tenggiri

• Gelama, ikan merah

• (Utamakan yang segar. Elakkan versi yang diproses seperti bebola atau seumpamanya)


PERBAIKI TABIAT HARIAN:

  1. Elakkan makan terlalu kenyang.
  2. Cuba elakkan makan malam, jika terpaksa boleh makan awal.
  3. Kurangkan/ elakkan makanan & minuman tinggi gula, tukar kpd stevia.
  4. Amalkan bergerak aktif;


Orang sekarang ramai sakit sebab kurang bergerak/ kurang berpeluh/ tubuh tidak aktif.

Tubuh yang kurang aktif buatkan toksin susah keluar, sistem pencernaan semakin lemah, sendi dan otot semakin hilang fleksibiliti dan metabolisma/ pembakaran badan jadi semakin rendah.

Selain itu hormon serotonin dan endorphin juga akan kurang dirembes. Sedangkan itulah hormon yang dapat bantu pemulihan tubuh, mudah tidur dan menyumbang kepada ketenangan jiwa atau kesihatan mental. 

- Amalkan berjalan kaki secara rutin paling kurang 30 minit sehari. Tapi mulakan dgn 10 ke 15 minit dulu, naikkan sedikit demi sedikit.


NOTA:

Untuk elakkan kaki bengkak selepas berjalan boleh baca ->  di sini <-


Selain berjalan kaki boleh juga gunakan SENAMAN HARIAN PULIH SAKIT URAT yang saya dah rangka -> di sini





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Kena Masalah Angin & Cara Aku Atasinya

Tips Elak Nyanyuk Untuk Orang Berumur 40-60 Tahun