Cara elakkan bengkak kaki semasa berjalan
Hari tu kawan saya mengadu sakit kaki, tempang bila berjalan. Rupa-rupanya kaki dia dah bengkak sebab berjalan selama 30 minit untuk tujuan bersenam. Allahuakbar..
Sebenarnya berjalan tu sangat bagus, tapi dia salah cara sebab berjalan drastik terus 30 minit sedangkan dia dah lama tak berjalan sejauh itu.
Untuk baiki kesihatan kita perlu buat minima 2 perkara, iaitu:
1- Baiki pemakanan
2- Aktifkan badan
Berjalan kaki ni termasuk dalam kategori kedua, iaitu aktifkan badan.
Kalau badan kita lama tak digunakan, banyak duduk, banyak baring ia akan jadi semakin lemah.
Orang yang kurang bergerak, hanya duduk dan rehat sepanjang hari lama-kelamaan gel lutut akan mudah kering, kaki akan mudah kebas dan kejang. Lama-kelamaan nak berjalan pun rasa berat.
Sekarang saya nak bagi beberapa tips, cara untuk amalkan berjalan kaki dengan selamat. Supaya kaki tak bengkak dan kesihatan makin improve:
1- Letak target untuk berjalan minima 30 minit sehari. Tapi tak boleh drastik, kalau tak biasa kaki boleh bengkak sebab terlalu lemah. Mulakan 10 minit sehari. Jika kaki ok, lepas seminggu tambahkan 5 minit lagi. Begitulah seterusnya hingga cukup 30 minit.
2- Setiap kali lepas berjalan, rendamkan kaki dengan air panas-panas suam. Lebih panas sedikit dari suam. Rendam selama 15 ke 20 minit hingga ke betis. Ia untuk mencegah kaki bengkak, supaya esok masih boleh berjalan lagi.
3- Saya cadangkan anda berjalan waktu pagi untuk ambil cahaya pagi, ia bagus untuk kesihatan. Waktu malam pula sebelum tidur sapukan Minyak Arji di bahagian betis hingga ke tapak kaki, untuk lancarkan darah bahagian kaki.
4- Jika esoknya kaki masih rasa sakit kerana berjalan semalam. Maka rehatlah dulu, teruskan dengan rendaman air panas dan letakkan minyak sebelum tidur.
5- Apabila kaki dah tak sakit, maka berjalanlah semula dengan tempoh yang sama seperti sebelum itu.
6- Jika kaki terasa stabil, dah tak sakit. Naikkan 5 minit tempoh berjalan. Lakukan proses yang sama hingga cukup minima 30 minit berjalan kaki setiap hari.
Apa-apa yang kita buat, lakukan secara bertahap. Bila dah lama tinggal tubuh perlukan masa untuk biasakan diri dengan tabiat baru.
Ada orang sakit badan lepas berjalan, demam, lesu dan pelbagai ketidakselesaan tubuh. Ambil masa untuk rehat dan teruskan berjalan semula. Semoga Allah berikan anda kesihatan yang baik.
Tapi tak semua orang buat walaupun tahu. Hanya yang kuat semangat sahaja akan berusaha.
Semoga bermanfaat.
Pengasas Minyak Arji



Alhamdulillah terima kasih Cikgu🤲👍
ReplyDeleteAlhamdulilah. Terima kasih atas perkongsian tersebut.
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih tuan
ReplyDelete